Ahad, Mei 31, 2009
lagi2 motivasi...
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t
Sabtu, Mei 30, 2009
tips dr.fadzilah kamsah...meh kita amalkan!
Tatacara makan & minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak
Tatacara didik diri sendiri
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc
Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
Jumaat, Mei 29, 2009
Khamis, Mei 28, 2009
jd hantu...

Akhir-akhir ini, sejak dua menjak ni, tilam n bantal yg nipis yg dulunya xseselesa mana dah jd begitu empuk. Pantang saje badan jubjub melanding di atas tilam tersebut dan kepala dialaskan dengan bantal. Pasti susah nak bangkit dan akhirnya tertidur berjam-jam lamanya.samapi org desa kejut pon leh wat xtau jer..huhu..hebat2..Lebih-lebih lagi bila terlalu banyak masalah yang datang menerpa dan meminta untuk akal bekerja kuat mencari penyelesaian. Badan lebih cepat terasa penat dan seruan tilam n bantal semakin kuat.
sebut pasal kehidupan...pastinya ader masalah..sebut je pasal masalah ader je kehidupan..n skrg ni byk sgt masalah yg dtg melanda..mcm tsunami pon ader..mcm ribut pon ader..bak kata abg..mcm angin monsun pon ader..Masalah2 yang datang jubjub sering anggap sebagai ujian. Tapi ujian yang datang kebelakangan ni sangat perit dan menyeksakan. Keputusan yg harus dibuat segera. Tetapi keputusan perlu dibuat dengan teliti. Satu keputusan yang bakal menentukan masa depan jubjub dan orang sekeliling jubjub!
Ya Allah, terasa amat berat ujian yang Kau turunkan kepada diriku ini. Seperti tak terdaya untuk aku menggalasnya. Tapi aku sedar, Kau tidak akan turunkan ujian kepada hamba-Mu jika hamba-mu itu tidak mampu menanggungnya.
Kali ini jubjub xrasa nak citer masalah jubjub kat sape. wat apa jubjub nak citer masalah jubjub kat org kalau org lain mmg xmampu nak selesaikan masalah jubjub ni..wat apa nak citer kalau xde sape yg leh paham situasi n keadaan jubjub masa ni..wat apa nk citer kalau xde sape yg paham apa yg jubjub rasa skrg ni..wat pe nak citer kalau akhirnya jln penyelesaian yg diberi lebih membunuh semangat jubjub yg tinggal nyawa2 ikan ni..mmg kdg2 masalah yg dtg bertmpa2 akan membuatkan kita rasa nak selesaikan dgn hentikan kehidupan dgn serta merta.xkan nak bunuh diri...berdosa tu..xpasal2 roh xditerima bumi..jd hantu..kalau jubjub jd hantu mampu ke jubjub meneruskan hdp sbg hantu? isk.....hantu2 kan menakutkan..xpsl2 jubjub jd hantu yg penakut..huhuhu...melalut lak!
Ya Allah, Ya Fattah, Kau lah Yang Maha Pembuka. Kau bukakanlah jalan bagiku. Kau bukakanlah penyelesaian bagiku. Kau bukakanlah pilihan yang terbaik bagiku. Sesungguhnya amat berat ujian ini ya Allah. Aku tidak mampu untuk menyelesaikannya tanpa bantuan-Mu Ya Allah. Amin.
Rabu, Mei 27, 2009
Isnin, Mei 25, 2009
stop hurting me
i gave u all my love and my attention.but u take my love for granted.
u keep feeding my heart with your lies.
it's all killing me slowly.
deep in my sorrow,I'm drowning in my tears.
my heart is breaking.
I'm tired of feeling my heart,
it was ripped apart piece by piece
and all u do is keep hurting me.I don't think I can go on much longer
I'm strong but the pain is stronger
..sometimes i realize that u don't deserve me..
i hate u..but i keep loving u
Sabtu, Mei 23, 2009
hari ni..
dunia oh dunia..all about money!!
Rabu, Mei 20, 2009
Look for a Brighter Tomorrow
Khamis, Mei 14, 2009
happy besday to me
Isnin, Mei 11, 2009
why me?
Hadapi Dengan Senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang





