Jumaat, Februari 03, 2006

ble laki jatuh cinta..

masa jubjub carik lirik lagu sheila on 7 td, jubjub jumpa satu blog...ader tulis mender nih...betul ke semua nih? baca erk kawan2...

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela
bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah
menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi
kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn
perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia
sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya
tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta
perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org
lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu
kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan
daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn
dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan
penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik
dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa
mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup
berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling
dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun
jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100
peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya
untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

so, do you think this applies to you? If she/he leaves you, walaupon sedey sgt, you'll still realize that 'dah takde jodoh'. kan kan kan? hhehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan