dah nak kua dari usm ni macam2 jadik..terutamanya hal2 berkaitan kawan. ader kawan yg baik giler dari 1st yer tapi biler dah final yer tinggal 2 3 hari ni trs mcm musuh..jubjub pon tak paham..
kes 1
dengan ju.. kami kwn baik giler sem lepas..g mana2 sama..mulanyer sbb p kls sesame..lps kak jim bwk kete lagi la..kami bersamanyer..tapi msk sem ni tak tau sebab apa kami jadik tak baik pulak..lgsg tak baik plk tu..mcm tak pnh jadik kwn jer rasa...kami tak lak berniat nak jauhkan diri dari dier..tp dier yg tetiba jauhkan diri..tanpa sebab..pelik gak rasa..kkdg tu terpk gak knp leh jadik gitu
kes 2
jubjub ngan some1 yg penah mencuri hati jubjub...ececeh..huhu...saper lagik kalo bukan en.sharishal edris. kisah dulu kala kami dua org..couple then clash..jadik kawan yg baik giler..yg kkdg lebih dr seorg "kawan"...kemana2 p berdua..itu la kwn bergaduh then baik semula..gaduh lagik..baik semula...itu la kawan masa senang masa susah..masa tgh betul2 xder duit..smpi la masa loaded..masa gembira masa sedih..>>banyak tul masa!! uhuk2.. skang??!! nothing..after dier couple ngan zila nih..tak tau mana salah jubjub kami dua terus jer mcm dua org manusia yg tak penah kenal..tak penah wujud dalam dunia masing2..pelik kan? dulu masa jubjub couple ngan org lain kami leh jer jdk kwn baik lagik..leh jer lagi kami bertukar2 citer..masa dier couple ngan aida then strsnya ngan diana..kami leh jer lagi go on as best frens..tapi skrg?! pelik semua nyer berubah..jubjub rasa tak salah kalau skrg nih jubjub ader perasaan jeles..xsalah sbg kawan baik yg dipinggirkan kan? jubjub bkn nak perhatian yg dier penah bg kat jubjub dulu..jubjub tau..his girl lebih berhak..tapi xslhkan ader skit ruang masa tuk "kami" jubjub pun dah ader azman..kalau ikutkan knp lak jubjub nak jugak berkawan lagi ngan dierr..tapi jubjub cuma sayang sgt kat persahabatan kami tu..bkn sng nk crk kwn yg phm kita sgt2..ntah laa.. kalau dier dah pilih jalan ni..jubjub nak wat camner. biarkan laa..harap dier bahagia dunia akhirat ngan sesaper pon yg dier pilih jadik teman hidup dier...jubjub tau jubjub takkan di ajaknyer ke majlis diorg nti..apa pun jubjub tetap doakan kebahagiaan dia..
dah nak hbs blaja nih..baru kami rapat dalam kos bahan tu...pompuan2 jer laa..yg laki pon ader gak yg x pnh bertegur saper tu dah nak hbs nih..pandai la jugak kami bersembang2..semuanya sbb FYP..dalam hidup ni ader pelbagai jenis kawan..tak tau la jubjub dapata kwn dr jenis mana..harap2 yg baik2 jer la even jubjub ni bkn la baik sgt..tuk kwn2 jubjub thanx being such a wonderful n nice frens...sayang kowg sgt2.. harap2 kita semua jadik kwn smpi bila2...
7 jenis kawan
Kenalkah kita dengan kawan-kawan kita?
Ada beberapa kategori kawan :
KAWAN SUKA-SUKI
Mereka sentiasa ada bersama kita. Namun hakikatnya mereka hanya ada ketika kita senang dan gembira. Jarang sekali mereka ada ketika kita memerlukan bantuan mahupun perhatian. Berhati-hatilah dengan mereka. Bukan tidak boleh berkawan, tapi janganlah sehingga makan hati berulam jantung. Jangan meletakkan satu pengharapan mahupun matlamat yang tinggi pada mereka.
KAWAN MAKAN KAWAN
Senario yang sering melanda bagi mereka yang terlalu percaya pada seseorang ialah bila orang yang dipercayai mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan. Cuba elakkan meninggalkan harta atau perkara penting dalam hidup kita pada kawan yang tidak dikenali latar belakangnya. Pastikan kita kenal kawan yang berurusan dengan kita. Bukan setakat kenal nama ataupun tempat tinggal, tapi lebih dari itu. Paling tidak, kita telah mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan diri dari 'dimakan' oleh kawan sendiri.
KAWAN IKAN HARUAN
Mungkin ada antara kawan kita yang menerima gelaran ini kerana telah merosakkan maruah orang lain. Mungkin kita tidak sedar mereka bergelumang dengan maksiat. Pantang berjumpa dengan mangsa, pasti dikerjakannya. Tidak kiralah lelaki atau perempuan. Semuanya untuk kepuasan nafsu. Selesai aktiviti, mangsa ditinggalkan begitu sahaja. Bahkan ada yang buat tidak tahu sahaja seperti tidak mengenali mangsa. Bagi mereka itu sebahagian daripada hiburan, tamat hiburan selesailah segalanya. Bagi mereka yang ingin berkawan dengan manusia jenis haruan, mereka memerlukan pengisian jiwa yang kuat. Ini penting supaya mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang sama.
KAWAN SI TUKANG BESI
Kata ulama, kalau kita berkawan dengan tukang besi kita akan terkena percikan apinya. Itulah pesan mereka sekiranya kita tidak berwaspada. Istilah tukang besi diibaratkan sebagai aktiviti yang tidak sihat dan pelbagai aktiviti lain yang dianggap tidak bermoral. Jika kita berkawan dengan mereka, kita juga dianggap sebahagian daripada mereka. Ada yang beranggapan untuk tidak terkena pecikan kita tidak perlu berkawan dengan mereka tetapi sebenarnya kita juga boleh berkawan dengan mereka tetapi kita perlulah menyiapkan diri dengan ilmu dan tidak meninggalkan mereka sendirian. Ini kerana jika mereka dibiarkan sendirian, mereka akan terus menjadi tukang besi dan ramai lagi yang akan terkena percikannya. Apa yang perlu dilakukan ialah mengawal percikan dengan ilmu yang ada.
KAWAN SI PENJUAL MINYAK WANGI
Mereka ibarat pembawa cahaya dalam kehidupan. Mereka bukan saja berilmu, bahkan dihormati di kalangan masyarakat. Selalunya mereka akan memberi pendapat atau nasihat apabila diperlukan. Mereka juga tidak melakukan perkara yang dilarang dan senantiasa menjaga apa yang disuruh oleh agama. Bukan mudah untuk berjumpa dengan kawan si penjual minyak wangi, jadi ambilllah peluang untuk mendekati mereka untuk menuju ke jalan yang benar. Kebarangkalian kita dikhianati juga amat kecil. Paling tidak, kita juga akan berbau wangi kerana menumpang wangiannya.
KAWAN MISTERI
Kawan yang tidak dikenali identitinya sebaliknya berhubung dengan kita. Kita tidak mengenali karektor secara fizikal tetapi dia sering menghubungi kita. Berhati-hati bila berkawan dengan orang sebegini, kenal pasti identitinya. Jika kita ikhlas untuk berkawan, jangan cuba menafikan identity yang sebenar. Berani kerana benar, takut kerana salah. Tidak perlu takut jika kita benar.
KAWAN SEJATI
Sukar untuk mencari dan menjadi kawan sejati. Kawan yang mengerti erti kawan yang sebenar. Memahami konsep sebenar, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka juga sentiasa ada di sisi tidak kira ketika senang mahupun susah. Tidak perlu takut teguran yang dilontarkan kerana itulah tugas dan peranan kawan yang sebenar. Jika kita mempunyai kawan sejati maka jagalah mereka sebaiknya. Kenalkan mereka pada ahli keluarga kita supaya mereka kenal dengan siapa kita berkawan.
p/s : berkawan biar seribu, berkasih biar satu. itulah pesan orang tua-tua. tidak salah untuk berkawan, yang penting kena dengan cara dan gaya. paling berkesan, apabila kawan-kawan yang ada bukan sahaja untuk bersuka malahan juga ketika berduka. jika mereka menjaga hati kita, begitulah juga kita.
(petikan dari majalah ANIS - mei '06)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan