Jumaat, September 04, 2009

luka yang paling menyakitkan

again jubjub copy n paste dr entry org pastu edit ckit2..huhuhu..untuk renungan bersama.

Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang diabaikan.

Kehilangan orang yang sangat kita cintai, yang berubah menjadi seseorang yang tidak
peduli denganmu sama sekali.

Menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik.

Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan, walau hanya sekadar untuk saling menyapa.

Ketika kau melihat orang yang ada dilubuk hatimu yang paling dalam mentertawaimu
didepan wajahmu.

Ketika kau memerlukan seseorang untuk memacu semangatmu, tapi kau menyedari
bahawa hanya seseorang yang masih peduli denganmu iaitu …….. kamu sendiri.

Hidup memang penuh penderitaan, tapi akan kah ini terbaik??? akankah semua orang saling peduli, dan menyediakan waktu untuk mereka yang memerlukan ?
Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan di panggung yang besar yang kita sebut kehidupan. Setiap orang punya kewajipan terhadap lingkungan sekitarnya untuk mengatakan bahawa kita menyayangi mereka.

Ingatlah, begitu kita memasuki kehidupan (seseorang), kita tidak dapat menilai kesedihan, kesepian atau keputus-asaan orang hanya dari ekspresi muka/fisikal. Kau perlu mengenalnya lebih dalam lagi, menghargai mereka, dan tunjukkan kepada mereka kau peduli.


comment jubjub: betul3..jubjub sokong one hundred n ten percent!!huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan