Rabu, April 28, 2010

apakah maksud KEJAYAAN??




Kata orang yang berjaya tidak sukar untuk jadikan diri bersemangat, yang sukar adalah bagaimana mengekalkan semangat itu” kerana kejayaan adalah untuk orang-orang yang berjaya mengekal semangatnya untuk terus berjuang ke arah mencapai matlamat yang diidamkan.


KEJAYAAN hanya milik orang yang berani sahaja


erti KEJAYAAN..

bagi jubjub kejayaan adalah sesuatu yang subjektif..setiap orang ada cara sendiri utk merasa dirinya berjaya, ada orang kata kejayaan terhasil apabila dia gembira melakukan sesuatu merupakan kejayaan. ada jugak yang kata bila dia melakukan sesuatu..terhasil satu kepuasan bagi dirinya merupakan satu kejayaan, ada gak yang kata, kejayaan itu kita dapat bila dia jadi jutawan..jadi dia dapat kepuasan sambil gembirakan org lain disekeliling mereka.


“Kejayaan itu adalah suatu perjalanan…”

ada jugak yang berpendapat ..Kejayaan bukannya ‘hasil akhir’ iaitu bukannya apa yang kita dapat di hujung perjalanan atau bila dah sampai ke destinasi. Sebaliknya, kejayaan itu adalah apa yang kita capai di sepanjang perjalanan menuju destinasi. dalam kata lain...kejayaan seperti sebuah perjalanan. Dalam perjalanan tersebut kita melalui pelbagai cabaran. Cabaran tidak menjadikan kita “give-up” tetapi sebagai pendorong. Kejayaan adalah kepuasan, keseronokan dan keselesaan. Bagaimana seseorang itu mencapai kejayaan, bergantung kepada individu.

bagi jubjub pulak, kejayaan adalah setelah kita melalui dan merintangi apa itu kesusahan dan keperitan untuk mencapai sesuatu...kita akan lebih menghargai kejayaan sekiranya matlamat yang kita nak capai tu berliku-liku dan sukar diperoleh sehingga kita harus mempunyai komitmen yang tinggi sehingga berjaya. kejayaan juga tak akan memberi apa-apa erti..sekiranya kita tak penah rasai kepayahan untuk mencapai kejayaan..

dan akhir sekali ingatlah, disebalik setiap kegagalan pasti ada kejayaan.


“sesungguhnya setiap senyuman itu..sebenarnya terpalit kepahitan “

1 ulasan:

  1. betul tu...kalau kita tanya semua org yang berjaya pon mcm2 diorg akan citer pengalaman yang ditempuh sebelum sampai ke tahap sekarang..

    BalasPadam